Tuesday, January 19, 2016

Kau..

tak pernah selama ni
sepanjang aku berkawan dengan kau,
aku tak pernah tinggikan suara,
tak buat muka,

walau sessakit mana hati aku dengan segala tindak tanduk kau,
aku tak marah sikit pun.
kenapa? sebab rasa marah tu terhapus dengan rasa sayang aku kat kau.

hari ni,
meletup jugak walaupun sikit.

aku cakap kau tak nak respons pun.
tapi ngn orang lain kau pandai pulak cakap.

aku ingatkan dah bisu.

--
kau ingat senang ke nak pura pura tak makan hati dgn setiap tindakan kau?

it took all parts of me, inside out to just keep held my head up.
to hold on,
to just be strong and move on with everything.

kau ingat senang ke?
oh lupa. kau kan takrasa. mana lah kau nak tahu.

hahaha.

Thursday, November 19, 2015

Lesson

Assalamualaikum

*ya Allah, awkwardnya sebab lama tak menaip*

Dipendekkan ceria, hari ni dah 2 bulan 16 hari aku di London, I'm doing my ACCA, 2 years (sekejap je, yes I know haha) at BPP Shepherd's Bush, London.

Apa maksud BPP tu?

haih kiteorang (aku, Aimi, Nadia, Fatin) selalu gelak bila orang tanya hahahah sebab, kalau kiteorg beritahu sekali pun, people still won't know the name. 

In fact, kalau someone cakap 'Oh! I know that university!'. Automatiknya, muka pelik kiteorg akan keluar. and the four of us were so eager to know how that person knew about the BPP's existence! HAHA


okay so now I need to continue the reason why I'm typing this post today.
(Pictures during our travelling will be uploaded another time, inculding videos)


Hidayah Allah datang berbagai cara, jalan yang tak pernah kita sangka sangka. Aku juga banyak berdosa tapi hidup aku di sini, banyak membuka mata tentang banyak perkara.

One of them is solat berjemaah.
How did this affect me as a human being?

After I've finished high school, I rarely sembahyang berjemaah. even dengan keluarga pun. setakat solat terawih time ramadhan, lepas tu takdak dah. Jarang sangat.

siapa yang tak nak pahala 27 kali ganda wehhhh? despite pahala berganda, kalau solat berjemaah ni, at least lepas sembahyang takde lah terus lipat kain sembahyang pastu pegang phone lol.

duduk berempat, berzikir mohon ampun, mohon doa agar solat tadi Allah terima sebab manusia kadang kadang tak perasan ada salah dia buat time solat, atau tak kushyuk sekejap ke. kita tak tahu.

Here, I'm more than grateful that Allah gave me those beautiful lads to be my housemates.

Nadia, Me, Fatin, Aimi
Learning new things from them. oh ye, belajar ni tak semestinya kena ada dalam kelas, duduk atas kerusi, ada meja ada kerusi. No. Just observe the things happen and you'll learn. As for me, what I learnt from them was reciting al-Quran everytime after finished the prayer.

It's quite hard for me at first as before this, I just read al-Quran once a day. Sometimes less. -.-' . that's one of the thing that I learnt. Actually, there's more. Maybe I'll write about this as we go through the travelogue, because learning phase will not stop until we die :)

I'm amazed by my own friends. Roomate and housemates. at first, I was like 'They are so good in this! Constantly reciting al-Quran after each prayer. How jealous am I because I can't fight my lazy side and pick up the Quran thus reciting. But hey, that's what Mujahaddah is. 

sikit sikit lama lama jadi bukit.
try lah kau buat. seronok sebenarnya. okay for permulaan lah kan. aku buat macam ni, (this is for people in the same boat as me, siapa yang dah mampu constant kan, keep it up!).

Find your favourite recitor!
HE HE. For me, I loved to hear recitation from Kamal Uddin, surah Ar Rahman. try lah search kat youtube and listen to his recitation. You will feel calm and eventually went to sleep (HEHE). ni sebab suara dia tenang sangat. And the second one, Mishary al-Afasy pun best jugak!

Ntah kenapa, dua tiga hari ni rasa pelik je hidup kalau tak dengar recitation Kamal Uddin or Mishary al-Afasy tu. but sometimes, rasa malas tu datang je hahaha part ni susah nak elak. (ye lah setan kan banyak kat dunia ni, setan bersumpah nak goda manusia untuk masuk neraka sama sama. tentulah dia tak suka kita baca Quran. dia nak kita jadi macam dia. kawan dia dalam neraka nanti. kita tak nak kan? jom lah baca Quran and be a better human and a better servant to Allah. insyaAllah. hahaha)

and aku tak tahu lah cara kedua ni boleh buat ke tak sebenarnya tapi takpe, aku share je eh. Aku akan play video Kamal Uddin baca Quran, bukak Quran and aku pun recite seiring dgn Kamal Uddin. or dengan Mishary al-Afasy. seronok, serius! selain seronok tu, boleh juga aku dengar cara bacaan, tajwid dia. takde lah aku mengaji dengan tajwid ke laut macam dulu kala hahahahhaha improving orang kata. 

haaa boleh cuba ye, pastu kasi feedback sikit. hahaha

Tuesday, November 3, 2015

...

aku tak tahu apa rasa ni.

phone menyala,
masuk notification.

nampak nama kau.
automatic mulut aku tersenyum.

kau rasa, kenapa?

aku macam dah boleh adapt yang kau busy.
sebab aku pun sama.

aku cubalah cari waktu untuk reply semua whatsapp kau.
kalau lambat tu nasiblah.
kau pun reply lambat.

hahaha.
aku tak tahu.
tak pasti pun.

lagipula, kita jauh.

ntah ntah aku je yang rasa.
kau tak seiring pun sebenarnya.

HAHA

Monday, October 12, 2015

Sunday, October 11, 2015

apakah.

setelah sekian lama,
away from home.

apa perasaan yang hadir ni?
(selain rindu kepada keluarga).

agak frust bila dia suruh whatsapp,
last skali aku di-bluetick-kan.

eh tapi dia kata dia busy,
so yeah. takpe.

kita tunggu.
bukan takde keje pun.

tu course note bertimbun kena baca -.-'

esok ada kelas.
bai :')

Sunday, September 7, 2014

trial spm 2014

setelah makan tengah hari bersama Aimi
pkul 3.45 ptg, takde la tgh hari mana.

duk lepak atas katil,
then phone vibrates.

'Whatsapp : Ummi Noor sent a msg

ingtkan ummi balas whatsapp semalam, rupenye adik gue kebas phone mak aku.
she send me a picture.

gambar hadiah sempena dia dapat best student trial spm for subject PHYSICS.
fizik tu bhaiii, fizik!

aku dulu markah ckup makan je fizik, kalau tak 40, dapat la dalam 50-60 hahaha.
okay abaikan markah teruk aku.

just focusing on my dear adik.
well somehow we complement each other,

dia maybe lemah dalam addmath,
(lemah lemah pun result cantik sbb rajin)
-berbeza ngn kakak dia pemalas tahap erkkk ni-

tapi dia terer bab science ni weh.
hadoi . otak dia.

well, I must say that I'm a proud sister.

aku : mg nok hadioh mende? mg nok baskin robbin kea hari tu?
adik : yep, buleh je mende mende. dok leh basking robbing, baskut robot pun takpo hahaha

masyaAllah sister. mg wat aku gelok je hari ni.

hahaha!

she never knew that this blog exist.
but somehow, aku harap dia tahu,
aku doakan yg terbaik untuk dia.
aku bangga ada adik mcm dia :D

eii, jgn dia tahu pun takpe.
kang kembang hidung semangkuk.

tahniah Ida. tahniah!

Monday, July 29, 2013

A new life !

Assalamualaikum ,

oh oh oh , lama nye tak update --'
okay , I'm currently study in CAT-ACCA .
apa maksudnya ?
CAT = Certified Accounting Technician .

simplified , maksudnya , aku tengah study accouting . haha
well , first sem sekarang .
belajar 3 subject CAT and 1 subject kolej .

FA1 - Recording Financial Transaction .
sape amek accouting time form 4 and 5 ?
haaa , FA1 ni lebih kurang mcm prinsip akaun dlu .

beza yang paling ketara , PA dalam BM , FA1 dalam english .
not simple eng , eng yg mmg kaw kaw punye . haha --'

FA2 - Maintaining Financial Records
haaa , FA2 . lagi mendalam dari FA1 .
setakat ni , FA2 ni menarik .
makin lama makin mendalam .

MA1 - Management Information
ya Allah . aku rasa subjek ni subjek paling tough untuk aku --'
management .
tak sesenang FA1 and FA2 .

time group discussion pun untuk MA1 ni ,
kitorg paling byk 'bertelagah' .
berselisih pendapat .

balance tak balance tu , satu hal .
nak classify things pun kadang kadang ada berselisih .

bayangkan , setiap syarikat menjual barang berbeza .
contoh : kalau jual komputer , for that syarikat , komputer tu barang niaga .
klau syarikat tu jual kasut , komputer tu jadi asset untuk syarikat tu .

see the differences ? tu baru komputer .
banyak benda lagi yg ada ni haaaa .

MA1 - why you so difficult ?
or me yg bermasalah nak faham ?

* perangai tak fokus masih sama macam dlu .
macam mane kau nak faham .
--'

yeah yeah , aku mengaku .
aku fokus kejap then mula la melalut .
hahaha .

ya Allah , bantu aku !
nak fokus . CAT ni NAMPAK senang .
NAMPAK je . hakikat nya ? Allah je yg tahu .

alhamdulillah , letcurer semuanya sporting and lawak lawak . haha

kelas kiteorg teramat bising walaupun hanya ada 17 orang je .
kelas tu macam ad 40 org je ==
letcurer pun , ' macam macam lah kelas awak ni '
weheee ~

okay , sebenarnya aku malas nk buat tutorial tu ,
banyak --'

FA1 okay lagi . MA1 tu . Ya ALLAH .
amat mencabar keimanan .
sabar sabar . setahun setengah saje .

and another subject , pengajian islam .

yeah yeah . ada assignment . tajuk Qisas : konsep dan peranannya dalam Islam .
sape nak tolong , boleh komeng kat bawah .
terima kasih .

ahaha pemalas .
alhamdulillah , setakat ni tak pernah tidur time kuliah .
except for pengajian islam .
tu pun sbb ustaz tak mengajar lagi time tu .
ustaz bg pluang kiteorg bertanya .

and aku teramat mengantuk kat blkg .
si kawan sebelah dah tergelak tgk aku tersengguk =='

ookay done .
awkward nak menulis blog balik .

sbb terlampau lama tak update .
bweek . lama lah sangat . baru sebulan lebih .
al-Quran tu , brape lama dah tk bukak ?
- aku bukak al-Quran and still baca . takde la smpai sbulan dh tak buka . -

dah dah tak tahu nak mengarut apa .
terima kasih baca .

nantikan kepulangan perantau ni .
ooo ooo balik kampung !

take care peeps
:)

Friday, June 7, 2013

Happy Belated Birthday Pihaaa

Assalamualaikum ,

hmm , lama gila tak hapdate .
no topic sebenarnya .
plus malas yang amat --'

okay okay .
Nurul Syafiqha binti Zuleadi .
siapa ?
another junior yang truly nice for me :)

short name , Pihaa .
alang alang tu ,
meh nok cerita pasal si kecik ni .

macam mane aku kenal dia ?
time tu , pemilihan olahragawati .
nak main rejam lembing .

habis tu , kau buat apa kat padang tu , iman ?
of course la aku nak main .
dalam banyak banyak mainan , aku main tu je --'

then time tu ,
aku tgk dia .
jauh gila beb dia rejam lembing tu .
20 meter plus plus .

hahaha , mau ternganga aku tengok
lembing dia terbang di udara .

aku punya ? tak yah cakap lah .
depan tu je lembing tu jatuh .
cehh . tak guna punye lembing .

* eh salahkan lembing , kau yg tak pandai main la iman *ye lah . aku ni bajet pandai je . haha

okay berbalik kepada cerita .
aku dengar rumours .
dia pecahkan rekod rejam lembing negeri pahang .

aku mcm ,
'like seriously , budak kecik ni ? '

pergh , hebat !
ni orang kata , kecik kecik cili padi !

then mula lah kenal dia .
jangan main main .
budak ni feymes dalam kalangan senior .

famous in a good way , not in a bad one .
ahahaha

kenapa ?
dia baik , bagus , berbudi bahasa .
gila gila pun , tapi masih letak boundries dengan senior .

well , mmg masuk molek ah ngn senior-2 dia yg mmg gila gila --'
elok sgt lah tu .

then , time dia sakit ,
alahai , nak nangis rase .
sedih you know ?

dia terbaring je atas katil .
yes buleh je bangun .
tapi sakit . --'
pakai tongkat pegi sekolah .

oh dia tak tau betapa remuk hati aku ,
tengok dia jalan pakai tongkat pegi sekolah .

PIHA , jangan buas lagi .
tak sanggup nak tgk pihaa sakit --'

- bajet baik je aku . pfft -

masuk part accident ,
hahaha , part ini perlu .
sebab part ni , banyak orang tlg aku .

kalau boring , tak yah baca part ni :P

well , Pihaa jugak rajin datang menjenguk aku .
dia pun antara junior yg msj kat aku ,
time accident .

sobs sobs . sedih baca msj dia .
terharu biru !

dan dia seperti yg lain ,
aku membuaskan diri time kaki tak leh guna ,
mula la mulut dia membebel .
hahaha .

dia siap buatkan PLAT NUMBER ,
for my wheelchair .
ditulisnya WHEEL BARROW .
IMN 1995

habis cikgu cikgu tanya aku .
time exam trial tu .
'kenapa wheelbarrow ? wheelchair la '
hmm , mampuih aku nak jawab ngn cikgu :D

aduhai . dah la aku famous .
makin famous dengan PLAT number tu .
hahaha * perasan --'

Friendship isn't about whom you have known the longest . it's about who came , and never left you side .
buktinya ? time aku sakit ,
she's still with me .
supporting me . helping me selagi dia mampu :)
thanks a lot for that , sis ^^

aku pernah lepak kat tempat dia .
well , aku suka . sbb dia jenis happy go lucky je .
haha , sorry lah pihaa . akak suka ngat kacau pihaa ~

sebenarnya , agak lambat aku kenal dia .
so lambatlah rapat .
BHAHA .

kalau tak , tak psai psai kena birthday prank ngn aku --'

okay , tengok tajuk balik .
HAPPY BELATED BIRTHDAY PIHAA .

lambat bebenor nak wish tu .
panjang berjela intro .
hahaha

she's a very nice junior .
tak pernah lagi aku dengar cite buruk psai dia ,

well , kat asrama , it's a very good thing
if none of your senoirs ,
bergossip bout you .
hahaha , this is a fact lah kut ~

nahh piha , maaf la akak curik gamba .
cari dalam phone , takde pun gamba pihaa .
sobs sobs
i'm sorry .
nanti kita amek berdua , ye ?
* peace yo ! *


sorry again and again
sebab lambat wish
sorry ergh comel ?

dia cute ?
tak payah cakap .
mmg junior aku cute belake .
macam senior dia ni haa .
hahaha

Pihaa ,
dari dlu . akak dah letak dalam hati .
' I want to see Piha smiling happily seeing her results :) '
nak sangat tengok pihaa berjaya !
yes , dari dulu lagi .

memang la pihaa dah berjaya ,
dah la pihaa lagi pandai dari akak .
bagus dik bagus .
keep it up !

nak tengok result pihaa
flying bird colours gitu ~
straight A plus plus !

sbb tu tak putus putus akak pesan ,
pihaa belajar leklok .

mungkin pihaa dah annoyed sbb tiap kali jumpe ,
tu la benda akak pesan .

seriously dik ,
I really want to see you smiling , succcess :)

holding that piece of paper ,
containing your SPM's result .
semuaaaa A plus plus !
Amin :)

akak tau pihaa bijak .
tapi biarlah .

nok pesan gok .
kak imang mu ni memey degil
hahaha :P

bila ingat exam ke apa ke about pelajaran .
pandai pulak fikiran ni terbang .
ingat kat pihaa trus .
hahaha ,

here . i'm sorry kalau akak buat salah pape time akak kat mrsm tu .
be strong dik . I know you're a strong girl ,
ada pape , boleh je contact akak :D

thanks a lot sbb sudi jadi junior akak .

thanks a lot sbb sudi jaga akak time sakit .

thanks a lot sbb melayan je akak yg ntah pape ntah --'

thanks a lot sbb ceriakan hari hari akk kat pc .

thanks a lot sbb mengajar akak banyak benda tanpa piha mengetahui .

thanks a lot sbb banyak buat akak gembira .

you did taught me a lot of things , thank you sista .

i'm sorry sbb tak banyak luangkan masa untuk pihaa .

i'm sorry sbb tak dapat berbual panjang ngn pihaa tiap kali akak jenguk pc .

i'm sorry sbb tak jadi senior yang baik for you .

i'm sorry sbb banyak sakitkan hati pihaa .

i'm sorry sbb tak bgi hadiah birthday .

i'm sorry for everything . :)

it's a nice thing to know you .
akak bersyukur dapat kenal pihaa .
sangat sangat :)

akak beruntung sbb kenal pihaa .
and thanks sbb sudi dengar kalau akak tegur pape ^^,

dear readers ,
read this du'a .
and Amin this du'a for her .
semoga dia berjaya dunia akhirat :)
  • Happy Belated Birthday , Nurul Syafiqha binti Zuleadi .
  • semoga pihaa dimurahkan rezeki , 
  • semoga dipanjangkan umur ,
  • semoga mendapat straight A plus for SPM .
  • semoga berjaya dan semoga bahagia di dunia dan di akhirat kelak .
  • semoga sentiasa menjadi anak solehah dan wanita muslimah .
amin .
I Love you Lillahi Ta'ala :)

sincerely dari hati ,
kak Imang buas .
Ashraf Noor Iman binti Mohd Nasir .


Wednesday, May 22, 2013

Couple ? (2)

Assalamualaikum ,

AMARAN diberi sekali lagi .
kepada sesiapa yang couple ,
dan tak suka orang kacau .
boleh pangkah tab :D

semalam , post tentang couple .
hmmm ,
and ada ayat ni , kan ?

Wanita yg suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah , Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya , Walaupun hatinya .
Kerana Allah teramat mencintainya . Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki yang palsu imannya . Dimana Allah untuk menjaga kita ? Allah seakan melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita .Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki munafik , itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya , dilindungi . Mengapa masih ragu-ragu ? kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari , Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri .
  
okay , tarik nafas panjang panjang .
sit back and reflect yourself .

baca tiap tiap ayat dia atas dengan baik .
fahami maksudnya .

ye lah . Allah tak cinta aku sebanyak mana Dia cinta orang lain .

astaghfirullahalazim .
cuba bawak bertenang dan berdoa 
agar Allah buka hati kau dulu .

then sambung baca , okay ?

niat aku cuma satu ,
agar Allah tolong aku , kau dan yang lain ,
berubah jadi lebih baik .

faham ?

okay , dah tenang ?
masih boleh teruskan ?
okay , smbung baca .

cuba fikir ,
dulu , kau tak couple kan ?
haaa , time tu Allah sayang sangat kat kau .

tapi bukan sekarang Allah tak syg .
bukan bukan .
jangan salah faham dengan ayat kat atas .

kau kenal makhluk Allah , 
namanya syaitan ?
ye ye , setan laknatullah .

kau couple tu , atuk kau suruh ke ?
tak kan ?
kau couple tu , kawan kau suruh ?
tak kan ?
kau dan dia yang nak .

tu pun sebab syaitan duk hasut ,
hasut dan hasut 
supaya buat perkara yang dimurkai Allah .

so here , jangan salahkan Allah .
dalam hal ni ,
setan amat bijak .

jangan lupa ,
Allah dah bagi kebenaran untuk syaitan 
menggoda manusia agar sesat .

dalam hal couple ni ,
sah sah la si setan tu masuk campur .

it's not Allah tak sayang kau ,
tapi kau sendiri yang biarkan diri kau 
digoda syaitan dan lelaki tu .

kau yang pilih jalan tu .
tapi Allah Maha Penyayang .
Allah Maha Pengampun .

jangan malu dan jangan segan 
untuk memohon maaf kepadaNYA .
masih belum terlambat :)

so , jangan cakap Allah tak sayang kau ,
sedangkan kau yang buat perkara tu .
kau yang pilih .

Allah tak kan ubah nasib sesuatu kaum ,
kalau kaum tu tak berusaha untuk mengubahnya .

hey hey ,
post aku ni bukan nak suruh kau putus ke apa ,
I just want you to sit back ,
and think about this .

sebab , kalau aku suruh kau putus ,
nak ke kau buat ?
hahaha

there's a friend text me .
- tak leh ke kalau aku nak simpan dia sorang ? hehe - dia

- hmm , idk what to say . 
cuma faham ni , aku tak kan galakkan 
orang yang aku sayang buat perkara yang dilarang . 
nak bercerita , takpe .
tapi aku tak kan galakkan 
dan tak kan menyokong pun - aku 

- kau nak suruh aku tinggalkan dia ke ? - dia

- okay , kalau aku mintak kau 
tinggalkan dia dan focus on exam , 
nak ke kau buat ? - aku

- tak leh weh . kalau dia kecewakan aku ,
 hmm  tak taulah . sbb dia macam serius .
 kalau dia kecewakan aku , 
mmg aku akan ambik pengajaran - dia

hmm ,
sedih hati aku baca msj dia .
ada je yang couple lama lama , then putus jugak .

kalau bukan jodoh ,
kau couple la 15 tahun pun ,
still akan putus .

and ayat dia . kalau dikecewakan 
baru nak amek pengajaran ?

sungguh ! aku sedih dengan ayat tu .

faham dok , aku sayang kau ?
tak nak kau dikecewakan .

tambah tambah lagi dengan kumbang 
yang belum tentu jodoh kau .

tolong . aku takut ,
bila kau dilukakan ,
kau terlampau sedih .

cinta Allah lagi seronok .
lagi best .
dan kau tak kan dikecewakan .

percayalah cakap aku ni :)

dulu , kat surau mrsm pengkalan chepa ,
aku pernah keluarkan statement ,
' parents yang tahu anak dia couple ,
dan still biarkan , adalah parents yang dayus '

haaa ,
amek kau .
jahat gila statement aku .

so , aku mintak maaf kat sini .
it's not the parents .
tapi lelaki .


"14 Golongan Lelaki Dayus"

( mau'izoh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman )

Imam Az-Zahabi menerangkan berkenaan perihal dayus dengan katanya :-


الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )


rujukan: http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/546-siapa-lelaki-dayus-menurut-islam-.html

okay , bertenang , bertenang .
jangan marah .
astaghfirullahalazim .

kalau nak marah tu , 
maknanya syaitan tengah curah minyak and api dalam hati .

istighfar banyak banyak .
astaghfirullahalazim .
okay , dah tenang ?

sambung baca balik .
hehe .
 remember this .
Allah amat sayangkan umat Nabi Muhammad S.A.W. 
sape ? ye . kita .

Allah bg nikmat yang amat banyak ,
tak terkira nikmat Allah bg .

cuba fikir ,
sepanjang kau couple , Allah still bg nikmat kan ?
sebab Allah sayangkan kau .

bukan aku galakkan kau couple .
oh no no no !

aku cuma nak cakap , 
Allah tetap sayangkan kau .

aku pun ade buat salah .
aku malu ngn Allah .

kenapa ?

despite of kesalahan yang aku buat * banyak ! *
Allah still bagi nikmat .
banyak nikmat yg Allah bg .

sampaikan aku termalu sendiri .

nikmat Allah , aku nak .
tapi aku tak buat apa yg Allah suruh .
selalu buat apa yang dilarang je .

aku malu . aku malu .
tapi aku sedang berusaha menjadi lebih baik .

Allah sedarkan aku ,
yang aku dah banyak buat salah .

remember time aku accident ?
Allah tarik nikmat berjalan dari aku .

kau pun , tak kan la Allah nak tarik nikmat ,
macam aku kena .
baru kau nak sedar ?

kalau Allah tarik nikmat ,
and bagi kesedaran .
Alhamdulillah .

kalau tak sempat nak sedar macam mane ?
ajal maut ni , kita tak tau bila .

AllahuRabbi .

bantulah kami untuk berubah .
berilah kami peluang untuk pulang ke jalanMU .

amin :)

aku boleh tolong kau ,
tapi tu pun kalau kau nak .

post ni mungkin akan menerima 
feedback baik dan feedback tak baik .

sama seperti situasi dulu .
time aku cakap kat surau mrsm pc .
bermacam macam feedback aku dapat .

thanks ! dengan feedback2 tu .
aku cuba baiki diri 
dan maafkan aku ,
sekiranya ada yang terluka dengan ayat aku .

i'm sorry okay ?

post ni pun sama .
hati aku tengah cuba kuat .
untuk terima sebarang feedback .

takpe , just leave your feedback .
i'll appreciate that . really !

mungkin aku terlampau lantang berbicara .
maaf sekali lagi .

aku minta perkara couple ni ,
dijauhkan dari family aku .
amin :)

remember post sebelum ni ? 
' couple ? '

hmmm , sekarang .
aku cuba kuatkan hati .
dan bersedia dari segi mental dan fizikal .

bimbang andai kawan aku tu 
dah tak nak kawan ngan aku .

sebab serabut ngan aku yang duk bebel kat dia .
psal couple tu .

hati tengah cuba bangkit .
hati tengah cuba kuat .
untuk menerima apa saja keputusan dari dia .

kau ni , cakap macam nak putus sahabat ngan dia je ?

oh no no no
nehi nehi nehi .

aku sayang gila kat dia !
aku nangis time dia sakit .
aku tak suka tengok air mata dia menitis 
sbb surely aku akan rasa sebak tengok dia sedih .

aku tak suka dia dikecewakan .
aku tak suka orang buat jahat kat dia .
aku suka dia berubah ke arah lebih baik .

aku suka tengok dia kuat .
aku gembira , knowing the fact that 
Allah loves her very much .
cuma dia tersasar sedikit sekarang .

ya ALLAH ,
bukakan pintu hatinya .
tetapkan hati aku , hatinya dan hati kami .
untuk sentiasa berada di jalan yang benar .

Amin :)

semua ni ada hikmahNYA .
yakinlah dengan perancangan Allah .

His plans is the best .

Couple ?

Assalamualaikum ,

aku nak beri amaran awal awal .
sesiapa yang couple dan tak suka orang cakap pape ,
bleh pangkah tab terus xD

okay ,
diteruskan cerita .

salah seorang rakan yang disayangi ,
couple .

terdiam aku time dia ngaku dia couple .

marah ? hmm , jauh sudut hati ,
aku sedih sebenarnya .
marah tu , memang sah sah la .
tapi aku diam je

aku bimbang dia dikecewakan .

lagipun couple tu tak baik .
tak kan la Allah nak redha hubungan tak halal gitu .

aku bebel la jugok kat dia .
dia ? hmm . haha . tadah je telinga .

and tadi ,
I texted her this .

Wanita yg suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah ,
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya , Walaupun hatinya .
Kerana Allah teramat mencintainya .

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya .

Dimana Allah untuk menjaga kita ? Allah seakan melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki munafik , itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya , dilindungi .

Mengapa masih ragu-ragu ?

kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari ,
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri .

niat aku cuma nak buat dia sedar .
aku baca Bismillah sebelum hantar msj tu kat dia .

semoga hati dia terbuka untuk terima teguran .
Amin .

tapi .

benda terjadi not seperti yang aku jangka .

dia cakap ,
dia tahu aku tak suka dia couple 
tapi aku tak perlu perli dia gitu .

aku sedih , tahu ?
sedih sbb terpaksa terima hakikat dia couple , tu satu .
kedua , dia salah faham dah ngn msj tu .

Allah !

aku texted balik ,
aku tak perli dia 
aku cakap la aku tegur sbb sayang
and tugas dakwah atas bahu aku ,
macam mane pun , 
aku tetap kena laksanakan tugas dakwah tu . 

berikan kesedaran buatnya , ya Allah .
aku bimbang dia tersasar jauh .
nauzubillah .

awak , saya marah sebab sayang .
saya nasihat sebab sayang .

tapi aku sedih ,
dia pilih lelaki tu .

fine ,
tak pe awak .

awak sebenarnya telah ajar saya menjadi orang yg lebih kuat .

kalau dulu benda gini berlaku dalam hidup aku ,
conferm conferm aku nangis .

tapi tadi ,
aku tak nangis .

tarik nafas dalam dalam .
then I reflect myself .

mungkin aku terburu buru dalam menegur .

i'm so sorry . 

ya Allah ,
kuatkan hati ku .
andai satu hari dia masih perlukan aku ,
bantulah aku untuk membantunya .

jangan biarkan rasa fed up menyelubungi diri ini .

Allah .

ya Allah .
bukakan pintu hatinya .
permudahkan jalannya untuk berubah ke arah lebih baik .
bukalah matanya agar dia melihat kebenaran .
terangkan hatinya dengan cahaya hidayahMU .

ya Allah ,
aku minta jua ,
Engkau kuatkan hatiku ,
dan suluhkan hidayah cahayaMU untukku ,
dan rakan rakan ku 
serta pembaca blog ni .

ya Allah ,
kekalkan ukhwah kami .
jangan lah ukhwah kami terputus hanya kerana seorang lelaki .
kekalkan ukhwah kami , 
sampai syurga .
kerana aku sayangkan dia Lillahi Ta'ala .
insyaALLAH . 

Amin .

texted from Masitah ,
sekadar renungan bersama :)

Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu (49:7)
bila hati dekat dengan al-Quran , dekat dengan Allah , hidup lagi tenang . Everything seems bearble . We feel full of bliss and hope that feelings never end .

goodmorning . have a nice day ^^


Lot's of Du'a :)