Saturday, May 4, 2013

Dia insan terpilih - Hidayah milik Allah -

Assalamualaikum ,

apa khabar iman dalam diri ?
sihat alhamdulillah ?
bgus .
ayuh bersyukur .

Alhamdulillah :)

sudah lama tangan ini
tidak menari di papan kekunci ,
untuk mencoret sedikit cerita ,
di blog yang tidak seberapa ini .

* mak aih , ayat . kaloh essay bm . hahaha *

2 May 2013 ,
Allah 'pertemukan' aku ,
dengan seorang sahabat yang dah lama
tak ditanya khabarnya .

aku namakan dia sebagai Nur .
dia minta aku rahsiakan namanya asalnya :)

okay , Nur menegur aku kat fb .
dia kata dia rindu .
and ,
tanya result SPM .

and then bla bla bla .

for awak , maaf sbb lambat post .
saya cakap nak post lepas isya' ,

tapi ,
Allah kirimkan salam rindu

yang mengandungi ujian kepada saya .
menyebabkan saya terpaksa menangguh
sesi taip menaip di blog usang ni .
doakan hati saya tabah :)

* okay , sambung *

aku tahu Nur jenis free hair ,
sedang berchatting ,
tiba tiba aku terasa hendak bertanya .

aku beranikan diri untuk bertanya .

Nur free hair ke ? - aku

dulu lah , sekarang dah berubah ,
sebab saya mimpi sesuatu ,
yang buat saya berubah . - Nur

taktala baca ayat dia ,
hati berkata * edited *
' Alhamdulillah ! untung nye dia ! Allah pilih dia ! ' 

ad I asked her about her dream .
this is her story :)

malam tu Nur mimpi ,
macam dunia bergegar ,
lepas tu ,
dah takde sape yang Nur kenal ,
Nur pun lari lari then Nur jumpa masjid,
masa tu Nur tak pakai tudung ,
ramai yang duk dalam masjid tu selamat ,
Nur tak berani nak masuk sebab malu ,
then ada sorang kakak ni ,
dia pakai serba putih ,
dia yang heret Nur masuk dalam masjid ,
then seorang lelaki ni datang ,
bagi Nur kain putih untuk tutup kepala Nur .
lepas bangun tu ,
Nur senyap ,
Nur bersyukur sangat :)

AllahuRabbi !

untungnya dia .
cahaya hidayah Ilahi menjadi miliknya <3

dia juga cerita bagaimana penerimaan orang sekeliling .

hmmm ,
mmg susah jugak sbnrya .

Allah hantar pelbagai jenis manusia di sekeliling kita ,

ada yang dihantar,
untuk menguji tahap keimanan kita ,

ada juga dihantar ,
untuk menyokong kita dan bantu kita bangkit ,
setelah jatuh luka berdarah .

di sini ,
aku insan yang hina dina ,
mengambil kesempatan
untuk berpesan .

kalau kau rasa nak berubah ,
menjadi lebih baik .
teruskan ! jangan peduli orang kata apa .

Jika difikir kata-kata orang , sampai bila pun gagal berjuang :) - Abdul Hadi Zalhe


Selami jiwa kita yang paling dalam . 
hakikatnya semua dari manusia 
tidak ingin melakukan kejahatan . 
Jangan berterusan menidakkan fitrah . 
Bimbang kelak Allah S.W.T
tutup mata hati kita menerima kebenaran . 
rugi kita dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat .

so , kalau sekali tu kita rasa nak berubah ,
terus buat !

kalau rasa tak kuat ,
cari kawan yang boleh menyokong .

kawan yang butir bicaranya mengingatkan kita
tentang Allah .
tentang RasulNYA .
tentang agama Islam .
tentang syurga .

insyaALLAH ,
jika kau niat ikhlas nak berubah .
Allah akan bantu kau .

dalam pelbagai cara .
yang kadang kadang ,
otak kau pun tak mampu nak fikir .

Allah Maha Besar .
DIA mampu membolak balikkan hati kita .
tak kira masa dan ketika .

oleh itu ,
teruskan berdoa .
berdoa
dan berdoa .

agar Allah tetapkan hati kita di jalanNYA .

amin ya Rabb :)

sekiranya kau rasa susah nak berubah ,
banyak halangan yang menimpa .

sabarlah ,
ketahuilah ,
Allah sedang menguji iman kau .
Allah sayangkan kau .

kau , seorang hamba yang berani berubah ke arah kebaikan .

teruskan berjuang !
aku juga insan lemah ,
banyak khilaf .

aku juga berasa sangat beruntung ,
mempunyai rakan seperti Nur ,

kenapa ?

Allah bagi aku peluang ,
untuk mendapat kawan ,
yang diberi hidayah olehNYA .

sebelum ni ,
aku hanya baca cerita .
aku hanya mendengar cerita .

sekarang , aku mengalaminya .
rakan ku sendiri .
Allah , sungguh besar kuasaMU .

dengki ?
ye , aku dengki sebenarnya .

sebab ?
aku nak jugak hidayah seperti itu .

sape nak ? angkat tangan . haha .

insyaALLAH .
ktia teruskan berdoa
dan 'mencari' hidayah Ilahi .

dia insan terpilih .

jom ! semoga kita juga menjadi insan yang terpilih .
Amin :)

AllahuRabbi !

marilah kita sama sama mencari .
memang , banyak cabaran pada dunia akhir zaman ini .

tapi demi cinta kepada
Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. ,
ayuh rakan seagama ku ,
bangkit dan bangkit .

sama sama menyokong .
sama sama berjuang .

Syurga Jannah dikejar ,
Neraka Jahannam dibenci .

semoga kita semua ditempatkan
di syurga Jannah Ilahi .
Amin amin amin :)

for you Nur .
aku harap cahaya hidayahNYA ,
terus berada di dalam dirimu ,
sehingga hujung nyawa .

sungguh aku iri hati .
kerana aku juga menginginkannya .

doakan aku , Nur .
aku juga ingin menjadi sepertimu ,
insan terpilih .
insan yang dipilih oleh Allah .

untuk menerima hidayah dariNYA .

dan , aku harap , kamu
sabarlah dengan segala dugaan .
sesungguhnya , Allah sayangkan kamu .

aku juga begitu .
Aku sayangkan kamu Lillahi Ta'ala .

semoga berjumpa di syurga kelak :)

5 comments:

  1. woah.. untungnyer die. :)
    don worry iman.. awk pon dpt hidayah melalui ujian yg Allah turunkan awk = accident. dpeends on how ur mind was set, marah kt Allah sbb accident ,or manfaatkan ujian tersebut utk lebih dekatkan diri krn Allah/ *trun hidayah to make u realise how much were ur ibadah towards Him if to compare wif His given *nikmat* to u/us ..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah .
    thanks Ain !
    mengingatkan aku .
    terima kasih .
    semoga kita dapat hidayah dariNYA .
    ayuh bersyukur .
    Alhamdulillah ^^

    ReplyDelete
  3. semua coretan dekat blog awak awesome!

    ReplyDelete

taip taip !