selamat pagi !
apa khabar iman hari ni ?
baik baik sahaja ?
alhamdulillah ^^
hmm ,
post ni khas to those yang
dapat result tidak seperti diharapkan dalam exam ,
tak kira lah exam final ke ,
exam sem ke ,
dan paling penting SPM .
ingin aku tekan kan disini ,
post ini BUKAN bertujuan menghina sesiapa ,
atau untuk MEMUJI diri sendiri .
BUKAN .
post ini aku buat khas ,
terutama untuk rakan aku ,
yang dah byk membantu aku
tanpa dia mengetahui ,
dia sebenarnya telah byk mengajar aku erti sebuah kehidupan .
terima kasih Syuhada Shupian :)
result aku ciput je . camne aku nak survive dengan result macam ni ?
* senyum *
wahai teman ,
SPM bukan penentu segalanya
sounds cliche .
tapi tu lah hakikat .
kenal Bill Gates kan ?
dia drop sekolah .
tapi dia kaya raya !
kau pulak tak drop sekolah .
insyaALLAH rezeki kau byk lagi .
asalkan ,
kau cari cahaya yang dipanggil hidayah .
jgan risau , aku juga masih mencari cari
hidayah Ilahi .
semoga hati kita ditetapkan di jalan Ilahi .
Amin .
Allah sentiasa ada ,
Dia tahu apa yg kita nak ,
Dia cuma menunggu kita meminta
daripadaNYA sahaja .
sedaplah kau cakap kan ? result kau cantik , takpe lah !
senyum lagi .
result aku cantik ?
alhamdulillah .
rezeki yang aku tak pernah jangka .
tapi ingat ,
result ni ,
boleh jadi nikmat yang indah ,
ataupun UJIAN yang berat
untuk aku .
kenapa ?
aku boleh jadi hamba yang sgt beruntung sekiranya aku bersyukur .
atau
aku juga boleh menjadi hamba yg bongkak ,
tidak bersyukur ,
dan fikir hanya aku yang pandai .
' ohh , aku dapat straight A's ! aku hebat ah . banyak A plus plok tu . yes yes ! '
nampak ? ayat tu macam biasa je .
tapi sebenarnya ,
penuh dengan rasa riak ujub dan takabur !
AllahuRabbi .
tapi aku pilih untuk bersyukur .
sama seperti result kau .
boleh jadi kau bersyukur dan
Allah tambahkan nikmat yg lebih baik kepada kau .
atau
kau menyalahkan takdir .
dan berputus asa dengan segalanya .
PILIH !
pilihan kat tgn kau .
bukan aku berniat nak memujuk ,
cuma nak buat kita sama sama berfikir .
aku pernah menghadapi situasi
di mana result aku teruk ,
Exam Final Semester 2 .
aku tak dapat 3.5 ke atas
result paling teruk yg pernah aku dapat kat pc .
pfft . hewhew
masa nampak pointer ,
aku terus menangis .
tutup muka dgn slimut ,
dan terus dgn aktiviti tangis menangis . EH .
kecewa ?
sangat !
aku dah rasa macam tak nak teruskan dah .
aku siap kasitau mak aku .
' ummi , buang je result ni , nak bakar '
tapi result tu still selamat ada dalam file .
kenapa ?
sebab aku fikir ,
kenapa nak terus tenggelam dalam semua ni ?
tak boleh ubah dah pun .
Alhamdulillah sebenarnya .
aku dapat macam ni .
ramai lagi yang dapat lagi teruk dari aku .
bahkan ada yang tak smpai 3.0
Allah , Allah , Allah .
aku marah hanya sebab result .
sedangkan banyak nikmat Allah yg aku lupa syukuri .
nafas , kesihatan yang baik ,
keluarga , rakan , guru yang baik .
masih boleh bercakap dengan petah ,
berjalan dengan sempurna .
tak cukup aku nak post pasal nikmat Allah saje .
terlampau banyak ~
dan aku telah lupa aku lalai !
tapi aku sedar balik ,
semua tu salah !
semester 3 , aku bangkit .
sleep tu ada , tapi kurang * haha *
alhamdulillah ,
outcomenye ?
cantik lah . walaupun tak 4 flat ,
tapi cukuplah buat aku dan keluarga tersenyum :)
selagi kita tak putus berharap dengan Allah ,
Dia akan bagi apa yg hambaNYA nak .
jangan lupa .
Allah Maha Penyayang .
Allah selitkan seribu kekuatan untuk aku
taktala aku dah putus harapan dulu .
kamu semua pun sama .
Allah sentiasa ada untuk kita .
it's time for us to find HIM :)
Rezeki tu ,
Allah nak bagi ,
dalam pelbagai cara .
JANGAN putus asa .
JANGAN putus doa .
ni ayat kawan aku dalam WeChat .
- mungkin Allah nk bagi aku jatuh dulu ,
supaya lepas ni aku tahu cara nak bangun ,
mungkin , ya HIKMAH ALLAH -
aku sayang kau sahabat , Lillahi Ta'ala .
yes , betul ayat dia .
sama ngan situasi result sem 2 aku .
andai aku tidak jatuh di situ ,
mungkin , result sem 3 aku yg jatuh .
atau aku terus berjaya
sehingga sem 4 .
tapi lupa nak bersyukur .
Allah .
mintak jauh semua tu .
nampak ? banyak hikmah .
kadang kadang ,
kita tak perasan ,
apa yg Allah bagi tu ,
lebih baik dari apa yg kita mintak .
kita lupa ,
kita lalai .
sebab ?
kita terlampau nakkan apa yg kita mintak .
terlupa akan perancangan Allah .
astaghfirullahalazim .
hmmm ,
kalau kau asyik berjaya .
berdiri megah di bumi Allah ni .
aku bimbang ,
sekiranya kau jatuh nti .
kau lupa terus cara nak bangkit
AllahuRabbi .
mintak jauh semua tu .
aku pernah jatuh ,
sakit ? yes . amat .
tapi tu tanda Allah sayang hambaNYA .
Keep your head up . Allah gives the hardest battles to His strongest soldiers .
aku tahu Allah sayangkan aku ,
aku tahu Allah dah tetapkan segala galanya dengan sempurna .
susah nak bangkit ?
memang , aku tahu .
peritnya .
nak hadapi semua orang .
tambah tambah ,
parents yang kecewa dan bersedih .
tapi ingat ,
satu je yang boleh buat diorg gembira .
kau bangkit balik dan kuat semangat .
aku nak bagi situasi ,
mungkin berbeza tapi sama saja sebenarnya .
ingat waktu aku accident ?
my dad teramat sedih .
sampai 2-3 hari dia tak bercakap .
sedih tengok anak dia sakit :'(
my mom ? aku tengok senyuman pahit je ada .
adik adik aku lagi lah .
dalam hati ada taman ,
sayang gok kat aku ni
* sesiapa yang knal aku tentu tahu aku mcm mana *
buas yang teramat ,
tak padan ngan sakit .
aku happy je sbnrnya .
hahaha ,
sbb semua orang care psal aku .
tanda diorg syg aku <3
aku terdengar my mom ckp ,
ngan sape ntah .
' hmm , mujur lah kakak okay aje . dia kuat semangat '
then I saw my mom smiled .
nampak tak ?
my mom dah kurang sedih .
sbb tgk anak dia happy je
aku still membuaskan diri macam biasa .
bajet kaki boleh guna .
hahaha
then my dad pun okay .
bercakap cakap balik
layan anak dia si mulut murai ni .
hahahaha .
nampak tak situasi ni ?
aku tukarkan menjadi bahagia balik .
dengan izin Allah :)
situasi kita sama tapi tak serupa .
do you get what I mean ?
kau pun sama .
jgan terlampau sedih !
bangun , bangkit .
teruskan hidup lebih dari biasa ~
susah ? mana ada benda senang dalam dunia .
tapi kau boleh ubah mindset
supaya kau senang nak bangun balik .
kau sayang keluarga kau kan ?
make them happy .
kalau result cantik tapi perangai mcam setan pun tak guna .
jadikan diri kau sebagai aset mak ayah ,
untuk ke syurga .
takpe ,
asalkan ilmu agama ,
meninggi dalam diri .
"Allah x wajibkan kita pandai , tapi Allah wajibkan kita belajar" - UAI
kawan aku , yuna . bg ayat ni * thanks yuna <3
see ? Allah wajibkan kita belajar .
bukan wajibkan kita pandai .
get up kawan !
ramai yang ada ,
nak tolong kau bangun balik .
Allah ada :)
aku pun ada :)
and ramai lagi ,
yang beratur dan sudi bantu kau .
bangkit .
semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah .
nak teruskan perjuangan di dunia .
dan berjaya di akhirat sana :)
Allah bg ilham untuk aku menulis .
alhamdulillah .
yang baik datang daripadaNYA .
Subhanallah . Alhamdulillah . AllahuAkbar .
Astaghfirullahalazim .
semoga mendapat manfaat .
aku sayang kau , Lillahi Ta'ala .
- Lirik lagu Alhamdulillah -
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar .